Minggu, 04 November 2012

Oleh oleh Haji 1

1. SOLAT SUNAT MUSAFIR
 اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا بِرًا وَتَقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرضَى ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوِىَ لَنَا الأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا هَذَا سَلاَمَةً فِي الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ ، وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةِ قَبْرِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَکَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي جِوَارِكَ وَلاَ تَسْلُبْنَا وَإِيَّاهُم نِعْمَتَكَ وَلاَ تُغَيِّر مَابِنَا وَبِهِم مِنْ عَافِيَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan & Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu & sahabat handai, ya Allah, peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya, ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-2 yang Engkau redhai, ya Allah kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami & kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama & harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan haji & mengunjungi maqam nabiMu Muhammad s.a.w . Ya Allah! sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-2 yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu & sahabat handai kami. Ya Allah! letakkanlah kami dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami & mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami & pada mereka, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2. MELIHAT RUMAH-2 DI MEKAH. 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ , اللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ بِهَا قَرَارًا ، وَارْزُقْنِيْ فِيْهَا حَلاَلاً

Dg nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Ya Allah kurniakan kepadaku di sini tempat tinggal yang tetap & rezeki yang halal.

3. MEMASUKI KOTA MEKAH.
اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَالْبَلَدَ بَلَدُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمَنُكَ ، ،وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، جِئْتُكَ مِنْ بِلاَدٍ بَعِيْدَةٍ بِذُنُوْبٍ کَثِيْرَةٍ ، وَأَعْمَالٍ سَيِّئَةٍ ، أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمُضْطَرِيْنَ إِلَيْكَ ، الْمُشْفِقِيْنَ مِنْ عَذَابِكَ ، أَنْ تَسْتَقْبِلَنِيْ بِمَحْضِ عَفْوِكَ وَأَنْ تُدْخِلَنِيْ فَسِيْحَ جَنَّتِكَ ، جَنَّةِ النَّعِيْمِ .
 
اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا حَرَمُكَ وَحَرَمُ رَسُوْلِكَ ، فَحَرِّمْ لَحْمِيْ وَدَمِي وَعظْمِيْ عَلَى النَّارِ .
 
اللَّهُمَّ آمِنِّي مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ أَسْأَلُكَ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ ، أَنْ تُصَلِّىَ وَتُسَلِّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ تَسْلِيْمًا کَثِيْرًا أَبَدًا

Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya & hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak & amalan-2 yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan limpahan kemaafanMu & masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,
 
Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku & tulangku dari api neraka .
 
Ya Allah amankan daku dari azab Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau. Aku memohon dengan Engkau kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat & mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-2nya, selama-2nya.

4. MEMASUKI BABU SALAM
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالْسَّلامِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَکْتَ وَتَعَالَيْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِْکْرَامِ .
 
اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَمَغْفِرَتِكَ وَأَدْخِلْنِيْ فِيْهَا ، بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ya Allah, Engkaulah Yang Bersifat Sejahtera, dari Engkaulah sahaja kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan & masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera, Maha Suci & Maha Tinggi Engkau, Tuhan yang mempunyai kebesaraan & kemuliaan .
 
Ya Allah kurniakanlah daku rahmat dan keampunanMu , masukkan daku ke dalamnya dengan nama Allah, segala puji-2an tertentu bagi Allah, selawat & salam ke atas Junjungan kami Saidina Muhammad s.a.w .

5. Melalui BAB BANI SYAIBAH
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ ، وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا ، وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ، إِنَّ الْبَاطِلَ کَانَ زَهُوقًا ، وَنُنَزِّلُ مِنَ القُرآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ ، وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَارًا.
Wahai Tuhanku, masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berilah kepadaku dari sisiMu hujah, keterangan & kekuasaan yang menolongku. Katakanlah ( wahai Muhammad ) telah datang kebenaran ( Islam ) & hilanglah kebatilan . Sesungguhnya yang batil itu sememangnya perkara yang telah lenyap. Dan Kami ( Allah ) turunkan dengan beransur-2 dari Al-Quran itu ayat-ayat suci yang menjadi penawar bagi orang-2 yang beriman & tidaklah Al-Quran itu menambahkan apa-2 nikmat kepada orang-2 yang zalim melainkan kerugian.

6. MELIHAT BAITULLAH 
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ . أَعُوْذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْکُفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضِيْقِ الصَّدْرِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم .
 
اللَّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ تَشْرِيْفًا وَتَکْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًا وَزِدْ يَارَبِّ مِمَّن شَرَّفَهُ وَکَرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ تَشْرِيْفًا وَتَکْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .
Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-2nya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian & Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-2 suatu, ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah & sejahteranya mencucuri ke atas Saidina Muhammads.a.w, keluarganya dan sahabat-2nya.
 
Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, & tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan
 
7. TAWAF Putaran Pertama
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
 
اللَّهُمَّ إِيْمَانًا بِكَ وَتَصْدِيْقًا بِکِتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ وَحَبِيْبِكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
 
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِيْ الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.
Maha suci Allah & segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yg disembah dg sebenarnya melainkan Allah , Allah Yang Maha Esa, tidak ada daya upaya & kekuatan melainkan dg pertolongan Allah Yg Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah
 
Ya Allah Tuhanku! daku kerjakan ibadat ini ialah kerana beriman kpd-Mu & membenarkan kitabMu, menyempurnakan janji dg-Mu & menurut perjalanan (sunnah) nabiMu & kekasihMu, Sayyidina Muhammad s.a.w .
 
Ya Allah, sesungguhnya daku meminta kpd-Mu keampunan, kesihatan yg sempurna & penolakan yg berkekalan dari bala bencana sama ada pada agama, dunia & akhirat serta mendapat kemenangan dg beroleh syurga & keselamatan dari api neraka.

8. DI ANTARA DUA RUKUN (SUDUT KAABAH)
رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا غَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka & masukkanlah kami ke dlm syurga bersama-2 orang-2 yg berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yg Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam.

Thawaf Kedua
اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ ، وَالْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمْنُكَ وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَهَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ النَّارِ ، فَحَرِّمْ لُحُوْمَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ .
 
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِيْ قُلُوْبِنَا ، وَکَرِّهْ إِلَيْنَا الْکُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ .
 
اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ . اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.
 
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.
Ya Allah ya Tuhanku! jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang bijak.
 
Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.

Ketiga
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّكِ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنِّفَاقِ وَسُوْءِ الأَخْلاَقِ ، وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِيْ الْمَالِ وَاْلأَهْلِ وَالْوَلَدِ .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan daripada perubahan yang tidak baik sama ada terhadap harta, isteri dan anak-anak.
 
Ya Allah, sesungguhnya daku pohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, daku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka.
 
Ya AlIah ya Tuhanku, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.
 
Keempat
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْکُوْرًا ، وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً ، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ يَا عَالِمَ مَا فِيْ الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِي يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوْرِ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ کُلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالْنَجَاةَ مِنَ النَّارِ ، رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَنِي وَأَخْلِفْ عَلَى کُلِّ غَائِبَةٍ لِيْ مِنْكَ بِخَيْرٍ.

Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah hajiku haji yang diterima, usaha yang dipuji, dosa yang diampunkan, amal salih yang makbul dan berdagangan yang tidak rugi. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkanlah diriku daripada gelap gelita kepada terang benderang cahaya, ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon dariMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, beroleh segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu.
 
Kelima
اللَّهُمَّ أَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّكَ ، وَلاَ بَاقِيَ إِلاَّ وَجْهُكَ ، وَاسْقِنِي مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيْئَةً مَرِيْئَةً لاَ نَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيْمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ .

Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah daku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan ArasyMu, tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan berilah daku minum dari kolam nabiMu Muhammad s.a.w satu minuman yang sedap, lazat yang kami tidak akan merasai dahaga sesudah itu buat selama-lamanya.
 
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku pohon kepadaMu kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh nabiMu Muhammad s.a.w , dan daku berlindung denganMu dari kejahatan seperti yang dipohon perlindungan oleh nabiMu Muhammad s.a.w.،
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon daripadaMu syurga dan nikmatnya juga daripada apa-apa yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa-apa jua yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.
 
Keenam
اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوقًا کَثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِيْ وَبَيْنِكَ ، وَحُقُوْقًا کَثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِي وَبَيْنَ خَلْقِكَ .
 
اللَّهُمَّ مَا کَانَ لَكَ مِنْهَا فَاغْفِرْهُ لِي وَمَا کَانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمَّلْهُ عَنِّي وَاغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ ، يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ .
 
اللَّهُمَّ إِنَّ بَيْتِكَ عَظِيْمٌ ، وَوَجْهَكَ کَرِيْمٌ ، وَأَنْتَ يَا أللهُ حَلِيْمٌ کَرِيْمٌ عَظِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.
 
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya banyak tanggungan-tanggunganku terhadapMu dan diantara daku dengan makhlukMu.
 
Ya Allah ya Tuhanku, apa-apa jua kesalahanku terhadapMu, maka ampunkanlah, apa-apa juga kesalahan di antara daku dan makhlukMu, maka daku minta Engkau tanggungkan untukku. Dan kayakan daku dengan yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari kemaksiatan dan dengan kurniaanMu dari kurniaan selainMu. Ya Tuhan Yang Maha Luas Keampunan
 
Ya Allah sesungguhnya rumahMu ini Maha Agung, zatMu itu Maha Mulia dan Engkau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung sukakan keampunan, ampunilah dosaku.

Ketujuh
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا کَامِلاً ، وَيَقِيْنًا صَادِقًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَقَلْبًا خَاشِعًا . وَلِسَانًا ذَاکِرًا ، وَحَلاَلاً طَيِّبًا وَتَوْبَةً نَصُوْحًا ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَاحَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَ الْمَوْتِ ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ. وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.
 
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hambaMu pohon dikurniakan iman yg sempurna, keyakinan yg sebenar-2nya, rezeki yg luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-2 namaMu, barang-2 halal yang baik, taubat yang bersungguh-2 sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dg mendapat syurga, & keselamatan dari neraka, dg kasihan belasMu ya Tuhan Yg Maha Mulia, Yang Maha Pengampun, ya Tuhan, tambahkanlah ilmu kepaddaku & masukkanlah daku ke dlm golongan orang-2 yg baik